Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA gembira puasa BERJAYA MENCAPAI 80 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

21  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0030.
Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw. bersabda: "Allah menggembira kan hati orang yang berperang fisabilillah" (di jalan Allah), iaitu orang yang berperang semata-mata kerana iman kepada Allah dan Rasul-Nya, bahawa ia akan kembali membawa kemenangan dan harta rampasan, atau dimasukkan ke dalam syurga. "Andaikata tidaklah akan menyulitkan umat ku, nescaya aku selalu ikut berperang. Aku ingin mati terbunuh di jalan Allah, kemudian hidup kembali dan terbunuh, hidup kembali dan terbunuh pula."

22  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1408.
Dari Amr bin 'Auf orang Ansar r.a., sekutu Bani Amir bin Luai dan ia pernah turut menghadiri peperangan Badr, Rasulullah s.a.w. mengutus Abu Ubaidah bin Jarrah ke Bahrain untuk memungut pajak. Rasulullah s.a.w. sendiri yang mengadakan perdamaian dengan penduduk Bahrain, dan beliau angkat 'Ala bin Hadrami menjadi Amir (pembesar) mereka. Maka datanglah Abu Ubaidah membawa harta dari Bahrain. Orang Ansar mendengar kedatangan Abu Ubaidah, kebetulan waktu solat subuh bersama-sama dengan Nabi s.a.w. Setelah beliau selesai solat subuh bersama-sama, lalu mereka datang menghadap beliau. Rasulullah s.a.w. tersenyum ketika melihat mereka. Beliau bersabda: "Saya kira kamu telah mendengar bahawa Abu Ubaidah datang membawa sesuatu". Mereka berkata: "Sebenarnya, ya Rasulullah!" Beliau bersabda: "Bergembiralah dan harapkanlah apa yang menyenangkan kamu! Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang lebih saya takutkan terhadap kamu, melainkan yang lebih saya takuti terhadap kamu ialah jika kamu diberi sebanyak-banyaknya harta dunia sebagaimana yang telah diberikan kepada orang yang ada sebelum kamu, lalu kamu merebutkannya sebagaimana mereka merebutkan, dan kamu dibinasakannya sebagaimana mereka telah dibinasakannya".

23  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1470.
Dari Abu Said Al Khudri r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Tuhan yang Maha Tinggi berfirman: "Hai Adam!" Ia lalu menjawab: "Saya, ya Tuhan! Kebaikan di tangan Engkau!" Tuhan berfirman: "Keluarkanlah utusan ke neraka!" Kata Adam: "Siapakah utusan ke neraka itu?" Tuhan berfirman: "Seorang dari setiap seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan. Maka ketika itu anak kecil beruban dan yang mempunyai kandungan melahirkan kandungannya, dan engkau lihat manusia dalam keadaan mabuk, tetapi sebenarnya mereka bukan mabuk, melainkan seksaan Tuhan amat kerasnya". Mereka berkata: "Hai Rasulullah! Siapakah di antara kita yang seorang itu?" Beliau bersabda: "Gembiralah kamu, kerana sesungguhnya daripada kamu seorang, dan daripada Yakjuj Makjuj seribu". Kemudian beliau bersabda: "Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya! Sesungguhnya saya mengharapkan bahawa kamu seperempat ahli syurga". Kami lalu takbir." Beliau bersabda: "Saya mengharapkan kamu sepertiga ahli syurga". Kami lalu takbir. Beliau pun terus bersabda: "Saya mengharapkan kamu seperdua ahli syurga". Kami pun takbir. Kemudian beliau bersabda: "Kamu dalam kumpulan manusia, hanyalah sebagai sehelai rambut hitam pada kulit lembu yang putih atau sebagai rambut putih pada kulit lembu hitam ".

24  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 2000.
Dari Mughirah r.a. katanya: "Sa'ad bin 'Ubadah menciptakan: "Kalau kiranya saya melihat laki-laki berlaku serong dengan isteriku, nescaya laki-laki itu saya tetak dengan pedang bukan dengan punggungnya." Ucapan itu sampai kepada Rasulullah saw. lalu beliau berkata: ''Mengapa kamu hairan melihat cemburu Sa'ad? Demi Allah, aku lebih cemburu daripadanya. Dan Allah lebih cemburu dari ku. kerana itu dilarangNya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang ataupun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf selain dari Allah, dan kerana itu diutusNya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih dari Allah dan kerana itu (untuk orang memujiNya) dijanjikanNya syurga.

25  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1425.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: Nabi s.a.w. kalau melihat awan gelap di langit, beliau menghadap, membelakang, masuk, dan ke luar, dan berubah wajah beliau. Dan kalau hujan turun dari langit, beliau gembira (tenang kembali). Aisyah berkata: Lalu saya tanyakan yang demikian itu kepada beliau. Nabi s.aw. bersabda: "Setelah mereka melihat awan terbentang di langit datang menuju ke lembah, mereka itu berkata: Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami! Bukan! Itulah (bahaya) yang kamu minta supaya datang dengan segera! Angin yang mengandung seksaan yang pedih!"

26  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0441.
Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw. Tanya mereka, "Dapatkah kami melihat Tuhan kita nanti di hari kiamat?" Jawab Nabi, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat bulan purnama pada malam empat belas yang tidak berawan?" Jawab mereka, "Tidak! Ya, Rasulullah!" Tanya Nabi saw., "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat matahari di tengah hari yang tidak berawan? Jawab mereka, "Tidak!" Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya kamu akan melihat Allah (Tuhanmu) seperti itu. Pada hari kiamat itu akan dikumpulkan seluruh manusia. Lalu Allah berfirman, "Siapa yang menyembah sesuatu (selain aku), maka hendaklah dia mengikut sembahannya itu." Di antara mereka itu ada yang mengikut matahari, ada yang mengikut bulan dan ada yang mengikut bermacam-macam thaghut (berhala). Maka tinggallah umat Islam ini, termasuk di dalamnya orang-orang munafik. Allah akan datang kepada mereka dan berfirman, "Aku adalah Tuhanmu!" Jawab mereka, "Kami akan tetap di sini hingga Tuhan kami datang. Apabila Tuhan kami datang, kami akan mengenalNya." Maka datanglah Allah kepada mereka, lalu berfirman: "Aku Tuhanmu!" Jawab mereka, "Ya, Engkaulah Tuhan kami." Allah akan memanggil mereka, dan sebuah jambatan dibentangkan melintasi neraka jahannam. Aku (Muhammad saw.) adalah orang pertama di antara para Rasul beserta umatnya yang pertama-tama melintasinya. Tak seorang pun di kala itu yang berkata-kata kecuali doa para Rasul. Doa mereka ketika itu ialah: "Ya, Allah! Selamatkan, selamatkan!" Di dalam neraka jahannam itu terdapat kaitan-kaitan seperti duri kayu Saadan. Tahukah anda duri kayu Saadan itu?" Jawab orang banyak, "Tahu." Sabda Nabi saw., "Rupanya seperti duri kayu Saadan, tetapi besarnya hanya Allah swt. yang tahu, manusia akan terkait kerana amalnya. Di antaranya ada yang jatuh berkait sesuai dengan amalnya, tetapi ada pula yang terkait sedikit saja, kemudian lepas." Apabila Allah swt. menghendaki akan memberi rahmat kepada penduduk neraka, maka disuruhNya malaikat mengeluarkan orang-orang yang pernah menyembah Allah. Mereka segera mengeluarkannya, yang masing-masing dikenalnya dengan tanda bekas sujud. Allah swt. mengharamkan api memakan tanda bekas sujud. Maka keluarlah mereka dari neraka. Seluruh tubuh anak Adam akan dimakan api kecuali bekas sujud. Para malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dalam keadaan hangus. Lalu dituangkan kepada mereka air kehidupan. Maka tumbuhlah badan mereka sebagai tumbuhnya bibit di tanah bekas banjir. Setelah Allah swt. mengadili mereka, masih ada ketinggalan seseorang antara syurga dan neraka. Dialah orang terakhir dari isi neraka yang akan masuk ke dalam syurga. Dikala mukanya dihadapkannya ke neraka, dia mendoa: "Wahai, Tuhan ku! Palingkanlah muka ku dari neraka ini. Baunya sungguh amat menyakitkan kepada ku, dan panasnya membakar ku." Allah akan menanyainya, "Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau hendak meminta lagi yang lain?" Jawabnya, "Demi kebesaran Engkau, tidak akan kuminta lagi." Maka diperkenankan oleh Allah permintaannya (tersebut di atas) , dengan perjanjian seperti tersebut. Lalu dipalingkan Allah mukanya dari neraka. Tetapi setelah mukanya dihadapkan ke Syurga, dan dilihatnya keindahan syurga, diamlah ia seketika. Kemudian ia mendoa pula: "Ya, Tuhan ku, bawalah aku ke dekat pintu syurga!" Allah bertanya, "Bukankah engkau telah mengikat janji dengan ku, yang engkau tidak akan memajukan permintaan yang lain lagi?" Jawab orang itu, "Wahai, Tuhan ku! Janganlah kiranya aku dijadikan makhluk yang paling malang!" Jawab Allah, Sekiranya Aku kabulkan permintaanmu, apakah engkau masih hendak meminta yang lain lagi?" Jawabnya, "Tidak! Demi kebesaran Mu, aku tidak akan meminta yang lain lagi!" Lalu diperkenankan Allah permintaannya dengan perjanjian, dan dia dibawa ke pintu syurga. Setelah sampai di pintu syurga, kelihatan olehnya keindahan syurga, kegemilangan, dan kegembiraan yang ada di dalam syurga. Dia terdiam pula seketika. Kemudian ia memohon pula, "Wahai, Tuhan ku! Masukkanlah kiranya aku ke dalam syurga!" Kata Allah, "Kasihan kamu, hai anak Adam! Alangkah penipunya kamu! Bukankah kamu sudah berjanji tidak akan meminta lagi selain yang telah kamu peroleh?" Jawabnya, "Ya, Tuhan! Janganlah kiranya aku dijadikan makhluk yang paling malang. " Allah 'Azza wa Jalla tertawa mendengarkan ucapannya itu. Kemudian dia mengizinkannya masuk ke syurga. Berkata Allah, "Mintalah segala yang kamu inginkan." Lalu dia memohon segala yang diinginkannya sehingga ia puas. Kemudian Allah berkata pula, "Mintalah tambahannya ini dan itu." Diingatkan oleh Allah kepadanya berbagai macam keinginannya sampai ia puas. Kata Allah pula, "Semua ini untukmu, dan ada lagi tambahannya sebanyak itu pula."

27  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0091.
Diceritakan oleh Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. berpergian dengan kenderaan dan Muaz menyertai beliau di belakangnya. Kata Nabi, "Hai, Muaz bin Jabal!" Muaz menyahut, "Saya ! Ya, Rasulullah! " Kata Nabi pula, "Hai, Muaz!" Sahut Muaz, "Saya! Ya,Rasulullah!" Sampai tiga kali. Nabi bersabda, "Siapa yang mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu sesungguhnya Rasul Allah, dengan pengakuan yang benar-benar terbit dari hati-sanubarinya, maka Allah akan melindunginya (mengharamkannya) dari api neraka. " Kata Muaz, "Ya, Rasulullah! Apakah tidak lebih baik berita itu saya sampaikan kepada orang banyak, supaya mereka gembira?" Jawab Nabi, "Kalau mereka mendengar berita itu, mereka akan bersikap tawakkal saja, tanpa amal." Kemudian, waktu Muaz telah dekat ajalnya, disampaikannya juga berita itu, kerana dia takut berdosa (sebab menyembunyikan hadis)."

28  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1736.
Dari Jabir r.a., katanya: Nabi saw. telah mengajarkan kepada kami istikharah (memohon kepada Allah agar ditunjukkan pilihan yang benar ketika berada daJam keadaan ragu) dalam segala urusan, seperti mengajarkan sebuah surat dalam Al Quran. "Kalau seorang bermaksud mengerjakan sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, selain yang fardu, kemudian berdoa: Ya Tuhan ku! Saya mohon diberi pilihan yang benar dengan pengetahuan-Mu, saya mohon diberi tenaga dengan kekuatan-Mu, dan saya memohon kurnia-Mu yang maha besar. Engkaulah yang berkuasa, saya tidak berkuasa. Engkaulah yang mengetahui, saya tidak mengetahui. Engkaulah yang maha mengetahui segala yang ghaib (tidak kelihatan). Ya Tuhan ku! Kiranya Engkau mengetahui bahawa hal ini baik untuk saya dalam hal agama saya dan penghidupan saya dan pada akhirnya berakibat baik bagi saya, atau baik bagi saya untuk jangka pendek dan jangka panjang, maka jadikanlah saya sanggup mencapainya. Tetapi sekiranya Engkau mengetahui bahawa hal ini tidak baik bagi saya dalam soal agama saya dan penghidupan saya, dan pada akhirnya berakibat tidak baik bagi diri saya, atau tidak baik bagi saya untuk jangka pendek maupun untuk jangka panjang, maka jauhkanlah saya dari hal itu dan jauhkanlah hak itu dari saya. Berilah saya kesanggupan untuk memperoleh kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah saya rela gembira dengan hak itu." Kemudian ia menyebutkan hak apa yang dimaksudkannya itu.

29  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1604.
Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah saw. melihat banyak wanita dan anak-anak kembali dari suatu pesta perkawinan. Lalu beliau berdiri lama-lama dengan gembira, seraya berkata: "Hai Tuhan! Kamu ini semua adalah termasuk orang-orang yang paling saya cintai."

30  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1748.
Dari 'Ubadah bin as-Shamit, dari Nabi saw., beliau bersabda: "Siapa yang cinta untuk bertemu dengan Allah, maka Allah juga cinta untuk menemuinya." Siapa yang benci untuk bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci untuk bertemu dengannya." Lalu 'Aisyah atau salah seorang isteri Nabi yang lain berkata: "Kami memang benci untuk mati." Nabi berkata: "Bukan begitu! Tetapi seorang yang beriman, kalau kematian telah datang kepadanya, maka ia diberi berita gembira dengan keredhaan dan kemurahan Tuhan. Maka tidak ada yang lebih disenanginya selain dari apa yang di depannya (akan diperolehnya). Kerana itu, ia cinta untuk menemui Allah dan Allah cinta pula untuk bertemu dengannya. Sedangkan orang yang kafir kalau telah didatangi kematian, maka ia diberi berita tentang seksaan dan hukuman Allah. Kerana itu tidak ada yang lebih dibencinya dari apa yang di depannya (akan ditanggungkannya). Ia benci bertemu dengan Allah, dan Allah benci pula bertemu dengannya."